Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor
Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor atau nama ringkasnya SM Agama Dato' Klana Petra Maamor ialah sebuah sekolah agama yang terletak di Km5, Jalan Kuala Pilah, Ampangan, Negeri Sembilan.
Kini, Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor memiliki 254 orang pelajar lelaki dan 354 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 608 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.

Sejarah Sekolah
Bangunan asal sekolah ini telah mula dibina pada bulan Mei 1958, manakala bangunan baru mula dibina pada 1989.
Penduduk muslimin di Luak Sungai Ujong ini berhasrat untuk mendirikan sebuah Sekolah Menengah Agama sejak dari tahun 1950-an lagi. Hasrat orang ramai ini telah disampaikan dalam satu perjumpaan masyarakat yang diadakan pada 20 Mac 1953 di Sekolah Menengah King George V, Seremban. Dalam perjumpaan tersebut seramai 200 orang yang telah menghadirinya termasuklah pembesar-pembesar negeri yang terdiri daripada:
Bangunan baru sekolah ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas hampir 3 hektar dengan belanja hampir RM 1 juta. Ia mula dibina pada akhir tahun 1980 dan siap dibina pada Disember 1981. Bangunan baru sekolah ini mula digunakan pada 4 Januari 1982.
Bangunan baru tersebut mempunyai 4 buah blok iaitu bangunan sekolah, asrama, dewan makan pelajar dan rumah guru. Bangunan ini juga mengandungi 12 bilik sembahyang, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat.
Pada tahun 1989, bangunan asrama puteri setinggi 4 tingkat telah dibina. Manakala pada tahun 1998, bangunan KHB yang mengandungi 3 buah bilik bengkel telah dibina dan menelan belanja sebanyak RM 270,000.00. Seterusnya pada tahun itu juga, bangunan surau telah dibina atas daya usaha PIBG sekolah. Kos pembinaan ditampung daripada sumbangan ibu bapa dan penjaga pelajar dan juga bantuan daripada pihak kerajaan. Perasmian Musolla Al-Amin telah diadakan pada 11 Julai 1999.

- YAM Dato' Klana Putra (Undang Luak Sungai Ujong)
- YAM Dato' Shah Bandar (Luak Sungai Ujong)
- YAM Dato' Haji Abdul Malek (Menteri Besar Negeri Sembilan)
- YB En. Shamsuddin Naim (Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
- YM Raja Mohd Nordin Bin Raja Ali
- YB En. Abdul Jalil Bin. Hj. Aminuddin
- YM Tuan Hj. Abdul Aziz Bin Abas
- YM Dato' Penghulu Zainal Abidin Bin Lati
- Dato' Penghulu Nordin Bin Pesah
- En. Mohd Yunus Bin Bateh
Bangunan baru sekolah ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas hampir 3 hektar dengan belanja hampir RM 1 juta. Ia mula dibina pada akhir tahun 1980 dan siap dibina pada Disember 1981. Bangunan baru sekolah ini mula digunakan pada 4 Januari 1982.
Bangunan baru tersebut mempunyai 4 buah blok iaitu bangunan sekolah, asrama, dewan makan pelajar dan rumah guru. Bangunan ini juga mengandungi 12 bilik sembahyang, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat.
Pada tahun 1989, bangunan asrama puteri setinggi 4 tingkat telah dibina. Manakala pada tahun 1998, bangunan KHB yang mengandungi 3 buah bilik bengkel telah dibina dan menelan belanja sebanyak RM 270,000.00. Seterusnya pada tahun itu juga, bangunan surau telah dibina atas daya usaha PIBG sekolah. Kos pembinaan ditampung daripada sumbangan ibu bapa dan penjaga pelajar dan juga bantuan daripada pihak kerajaan. Perasmian Musolla Al-Amin telah diadakan pada 11 Julai 1999.
Pengetua
- Tuan Hj. Kassim Bin Abdul Manaf
- Tuan Hj. Mohd Nor Bin Kassim
- Tuan Hj. Mohd Redza Bin Othman
- Dato' Hj. Ahmad Sofion Bin Hj. Md Arif
- Tuan Hj. Shaffion Bin Ayob
- Tuan Hj. Mohd Bin Yapis
- Dato' Hj. Ahmad Maher Bin Abd Manan
- Tuan Hj. Jamaluddin Bin Abd Manaf
- Pn. Johara Binti Hj. Nawawi
- En. Abd Halim Bin Sulaiman
- En. Solahuddin Bin Abd Rahman
- Pn. Jawahir Binti Alias
- Pn. Samsiah Binti Chik
- Pn. Hasnah Binti Mohd Yasin
Kemudahan
- Blok Pentadbiran
- Blok PdPc
- Blok KHB
- Kantin
- Surau
- Dewan Terbuka
- Blok Asrama Lelaki
- Blok Asrama Perempuan
- Dewan Makan Asrama